SARI YANTI SELAMAT MELAHIRKAN ANAK, JEP SEPAHTU KINI BERGELAR BAPA April 25, 2018

Pelakon Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata sebentar tadi.

Berita kelahiran Sari Yanti telah diumumkan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) Sinar.

“Alhamdulillah, tahniah Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata.

“Tak lupa juga Jep dan Sari Yanti nak berterima kasih kepada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan.
“Tahniah Jep yang sudah bergelar bapa dan yang menariknya baby Jep ni berkongsi tarikh lahir yang sama dengan @rahimr2 Ayim.

“Kalau anda nak tahu baby ni boy atau girl, jangan lupa dengarkan #PagiDiSinar esok ok. #SinarKongsi,” tulisnya.

Kepada peminat yang ingin mengetahui mengenai jantina anak mereka jangan lupa untuk mendengar Sinar esok pagi.

Kami di Astro Gempak mengucapkan tahniah kepada Jep Sepahtu dan Sari Yanti diatas kelahiran anak mereka.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari lalu dan ianya merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti setelah berpisah dengan bekas suaminya pada Disember 2014.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *